Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

Datuk Lee Chong Wei tarik diri Kejohanan Terbuka Malaysia - BAM

  • Published in Sukan

Foto : FB Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

KUALA LUMPUR - Juara 12 kali Terbuka Malaysia, Datuk Lee Chong Wei menarik diri daripada Kejohanan Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung pada bulan depan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjelaskan keputusan ini dibuat selepas Datuk Lee Chong Wei menerima nasihat daripada doktor yang merawatnya di Taiwan.

BAM dalam satu kenyataan menjelaskan, hasil pemeriksaan terhadap bekas pemain nombor satu dunia itu berjalan dengan baik.

Namun dinasihatkan untuk tidak menyertai kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia 750 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Ini bertujuan mengelakkan tekanan terhadap dirinya dan berharap peminat sukan badminton tanah air memberi ruang kepada jaguh negara itu menjalani proses pemulihan.