Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Liga Perdana Inggeris - Man.Utd 2 West Ham 0, Man. City 2 Burnley 1 Dan Liverpool 2 Sunderland 2

LONDON - Pasukan Manchester United terus menang dalam perlawanannya dengan mengatasi West Ham 2 - 0 dengan gol dari Juan Mata pada minit ke-63 dan Ibrahimovic pada minit ke-78.

Manchester United kini meningkat ke kedudukan yang kelima sama dengan pasukan Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris.

Sementara pasukan Manchester City juga mencatat kemenangan dengan mengalahkan pasukan Burnley 2 - 1.

Manakala pasukan Liverpool hanya berseri 2 - 2 dengan pasukan Sunderland.

Berikut adalah keputusan perlawanan lain Liga Perdana Inggeris:-

                 West Brom  3   Hull City  1

                 Everton  3   Southampton  0

                 Leicester  0   Middlesbrough  0