Thursday, April 26, 2018
vital-top
updated 10:49 AM UTC, Apr 26, 2018

Tenis, ATP Terbuka Sofia di Bulgaria

  • Published in Sukan

BULGARIA - Tenis, ATP Terbuka Sofia di Bulgaria.

Juara Grand Slam TIGA kali, Stan Wawrinka mara ke suku akhir. Pilihan utama kejohanan itu menumpaskan Martin Klizan dari Slovakia, 4-6, 6-2, 6-3 di pusingan kedua.

Turut mara - pilihan ketiga, Gilles Muller dari Luxembourg dan pilihan keenam, Viktor Troicki dari Serbia.

Muller mengetepikan Andreas Seppi dari Itali, 4-6, 7-6, 7-6 .

Manakala Troicki mengalahkan Denis Istomin dari Uzbekistan, 7-6, 1-6, 7-6 .

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pilihan kedua, Adrian Mannarino dari Perancis yang tersingkir, selepas tewas 7- 6, 3- 6, 1- 6 kepada Marcos Baghdatis dari Cyprus.


((SUMBER:AFP))