Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Errol Spence Jr. tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Mikey Garcia sekali gus mengekalkan tali pinggang WELTERWEIGHT IBF

  • Published in Sukan

TEXAS - Sukan tinju.

Errol Spence Jr. tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Mikey Garcia sekali gus mengekalkan tali pinggang WELTERWEIGHT Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF).

Pertarungan 12 pusingan antara dua petinju yang memegang rekod bersih tanpa kalah itu ditentukan menerusi kiraan mata.

Ketiga-tiga juri memberi kemenangan kepada Spence dengan kiraan 120-107, 120-108 dan 120-108.

Walaupun berjaya melebarkan rekod tanpa kalah kepada 25 pertarungan, dia gagal menundukkan Garcia menerusi pukulan K-O.

Ini bermakna, hasrat Grace membaiki rekod kemenangan KO dalam 12 pertarungan berturut-turut, tidak kesampaian.

((AFP))