Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Johor Darul Takzim Dua, Gagal Memanfaatkan Kelebihan Beraksi Di Laman Sendiri Selepas Terikat 2-2 Dengan UITM fc,

  • Published in Sukan

PASIR GUDANG -Johor Darul Takzim Dua, gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas terikat 2-2 dengan UITM fc, malam tadi.

Ia keputusan seri.kedua buat anak buah Benjamin Mora selepas dua perlawanan.

Mohd Shafiq Ahmad terlebih dahulu meletakkan tuan rumah didepan pada minit ke-14 menerusi tandukan, selepas menerima hantaran sepakan percuma, Mohd Hasbullah Abu Bakar.

JDT2 terus selesa apabila Darren Lok bijak melepasi perangkap offside sebelum menewaskan penjaga gol uitm, Soffuan Tawil pada minit ke-30.

Tuan rumah memperlahankan rentak pada babak kedua dan membolehkan UITM mencipta gol tunggal pada minit ke-69, hasil rembatan Lucas Ramon Pugh.

UiTM terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah mereka, Dechi Marcel N'Guessan diperintahkan.keluar pada minit ke-84.

kealpaan JDT2 menggunakan kelebihan mengundang padah apabila pemain gantian, Nur Areff Kamarudin menghasilkan jaringan penyamaan pada masa kecederaan.

Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

((SUMBER: RTM JOHOR))