Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Tommy Hilfiger Jalin Kerjasama Dengan Mercedes-AMG Petronas Motorsport

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Tommy Hilfiger Inc, yang dimiliki oleh PVH Corp, menjalin kerjasama strategik dengan juara dunia empat kali Formula Satu (F1), Mercedes-AMG Petronas Motorsport, bermula musim 2018.

PVH Corp, dalam satu kenyataan, berkata Tommy Hilfiger akan menjadi rakan pakaian rasmi Mercedes-AMG Petronas Motorsport.

Di bawah perkongsian jangka panjang, jenama itu akan membekalkan kit perjalanan dan pasukan, serta pakaian pejabat dan hospitaliti untuk lebih 1,500 individu dalam pasukan Mercedes-AMG Petronas Motorsport.

Logo jenama itu juga akan dipaparkan pada kereta lumba 2018 pasukan berkenaan, yang akan dilancarkan pada 22 Feb ini di trek Silverstone di United Kingdom, serta di dalam garaj pit Mercedes-AMG Petronas Motorsport serta aset trek lain.

((SUMBER: BERNAMA))