Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Kedudukan KAFA Dalam Liga-M Pada 6 Januari

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memutuskan sama ada kekal atau menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia (Liga-M) pada 6 Januari depan, iaitu hari terakhir pendaftaran pemain dalam Liga-M.

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata buat masa ini pihaknya masih berusaha mencari penajaan untuk membolehkan Kelantan beraksi dalam saingan Liga-M musim depan.

"Kongres pada dasarnya bersetuju dengan hasrat KAFA untuk menarik diri daripada saingan Liga-M seandainya dana yang diperlukan gagal diperoleh namun mereka mahu anggota exco Kafa berusaha mendapatkan penajaan sehingga 6 Januari depan," katanya kepada pemberita selepas Kongres Luar Biasa KAFA 2016 di sini hari ini.