Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Felcra FC Enggan Dilabel Pasukan Pilihan

KUALA LUMPUR - Pada musim baharu 2017, Felcra FC enggan dilabel sebagai pasukan pilihan yang dianggap pengendalinya, Yusri Che Lah punca utama skuadnya gagal layak ke Liga Perdana. 

Menurut Yusri, perkara itu menjadi pengajaran buat pasukan kendaliannya dan mereka mahu beraksi tanpa sebarang tekanan untuk musim depan. 

Justeru, Felcra FC lebih selesa untuk beraksi selaku pasukan underdog dan melihat Petaling Jaya Rangers dan MOF FC sebagai pasukan pilihan. 

Musim lalu, Felcra FC hanya selangkah lagi untuk layak ke Liga Perdana namun dikecewakan PKNP FC apabila tewas pada saingan separuh akhir Piala FAM.