Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Tottenham Hotspur Kalahkan Southampton 4-1

LONDON - Aksi tunggal Liga Perdana Inggeris awal pagi ini menyaksikan Tottenham Hotspur mengatasi tuan rumah, Southampton 4-1.

Virgil Van Dikj membuka jaringan untuk "The Saints" seawal minit kedua. Namun Spurs membalas menerusi 2 gol Dele Alli serta masing-masing satu gol oleh Harry Kane dan Son Heung-min.

Skuad bimbingan Mauricio Pochettino kekal di kedudukan kelima liga dengan 36 mata daripada 18 perlawanan, manakala Southampton kelapan dengan 24 mata.