Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Letak Jawatan Bukan Sandiwara

KELANTAN - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sekali lagi menegaskan beliau tidak berminat untuk kembali menggalas tugas presiden badan induk bola sepak Kelantan selepas meletak jawatan, 8 November lalu.

Tegasnya, ini bukan satu sandiwara untuk meraih simpati penyokong seperti dilempar sesetengah pihak tidak bertanggungjawab. 

Tan Sri Annuar mengakui tidak mempunyai keupayaan untuk mengurus KAFA sekiranya tiada pihak tampil membantu. 

Media sebelum ini melaporkan, beliau juga menyerahkan kepada KAFA untuk menentukan penyertaan mereka dalam Liga Malaysia musim depan. 

Bagaimanapun, KAFA tetap dengan keputusan menarik diri daripada saingan Liga M, gara-gara masalah kewangan yang serius.