Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

Aaron Chia-Soh Wooi Yik tetap beraksi cemerlang

  • Published in Sukan
Foto - AFP

KUALA LUMPUR - Meski tidak dapat menamatkan badi kejuaraan All England yang kali terakhir dimenangi bekas beregu negara Koo Kien Kiat-Tan Bon Heong pada 2007, namun nama gandingan muda Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini menjadi sebutan peminat badminton ekoran aksi cemerlang sepanjang kejohanan itu.

Muncul naib juara edisi 2019, mereka mempamerkan aksi terpuji menentang juara 2014 yang juga juara dunia 2 kali, gandingan Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dari Indonesia.

Gandingan muda negara, Aaron 22 tahun dan Wooi Yik 21 tahun, menampilkan aski cemerlang dengan persembahan bertenaga di set pertama yang menyaksikan mereka menang 21-11.

Aksi mantap beregu negara itu membuatkan gandingan berpengalaman dari Indonesa tersentak lalu bangkit memperkemaskan permainan.

Serangan bertali arus beregu Ahsan dan Hendrawan menyaksikan Aaron dan Wooi Yik tewas 14-21, sekaligus perlawanan diteruskan ke set penentuan.

Di set penetuan, beberapa kesilapan mudah Aaron dan Wooi Yik memerangkap mereka dan dimanfaatkan sepenuhnya pihak lawan.

Setelah 48 minit pertarungan tiga set ini, beregu negara dinobatkan sebagai naib juara, selepas tewas 12-21 untuk memberikan kejuaraan All England edisi 2019 kepada lawan dari Indonesia.

Kali terakhir beregu Malaysia beraksi di pentas final ialah pada tahun 2011 menerusi Koo Kien Keat - Tan Boon Heong yang juga bergelar naib juara.