Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 8:42 AM UTC, Jun 24, 2018

Cadangan Unit Khas Veteran Tentera Di Hospital Kerajaan

  • Published in Sukan

SHAH ALAM - Hasrat untuk menyusuri laluan impian ramai penunggang motosikal tempatan di Mae Hong Son, Thailand, yang dikenali sebagai 1,000 Corners (1,000 Selekoh) akhirnya menjadi kenyataan buat sembilan anggota kelab motosikal skuter ‘freerider’ dari sekitar daerah ini yang mewakili Team Salute Malaysia.

Kesemua penunggang skuter berkenaan yang memulakan pengembaraan mereka hari ini bakal mengharungi perjalanan sejauh kira-kira 2,500 kilometer (km) selama 14 hari.

Ketua konvoi berkenaan, Joy Rizal Abdul Aziz berkata selain menguji kemahiran menunggang motosikal di laluan 1,000 selekoh itu, konvoi berkenaan turut akan melalui beberapa laluan lain yang menjadi tumpuan penunggang Malaysia apabila ke sana.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi berkenaan yang disempurnakan oleh Presiden Team Salute Malaysia Datuk Rizal Mansor di sini.

((BERNAMA))