Thursday, April 26, 2018
vital-top
updated 10:49 AM UTC, Apr 26, 2018

1,200 Pengawal Keselamatan Olimpik Musim Sejuk Tarik Diri Ekoran Wabak Norovirus

  • Published in Sukan

PYEONGCHANG - Lebih 1,200 pengawal keselamatan telah menarik diri daripada tugasan pada temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan akibat wabak norovirus.

Perkara itu diumumkan oleh seorang pegawai Jawatankuasa Penganjuran Olimpik Pyeongchang.

Menurutnya, 41 daripadanya telah disahkan dijangkiti norovirus selepas mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.

Tempat mereka akan diambilalih oleh kira-kira 900 anggota tentera.

Sementara itu, jabatan kesihatan sedang menyiasat punca penularan virus terbabit.


((AFP))