Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

Saingan teratas Liga Perdana Inggeris terus sengit

  • Published in Sukan

Bola sepak. Saingan teratas Liga Perdana Inggeris terus sengit. Liverpool mengalahkan Burnley, 4-2, Arsenal menewaskan Manchester United, 2-0 manakala Chelsea seri satu sama dengan Wolverhampton Wanderers.

The Reds kini mengumpul 73 mata daripada 30 perlawanan di tempat kedua, satu mata di belakang juara bertahan, Manchester City.

The Gunners pula mengutip 60 mata untuk naik ke kedudukan keempat memintas Red Devils dengan 58-mata di posisi kelima liga.

The Blues pula kekal di tempat keenam dengan 57-mata namun beraksi kurang satu perlawanan.

((AFP))