Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

DRB-HICOM Taja Empat Atlet Paralimpik Tunaikan Umrah

KUALA LUMPUR - Pencapaian 'luar biasa' empat atlet Paralimpik yang mengharumkan nama negara dengan meraih  tiga emas dan satu gangsa di Sukan Paralimpik Rio 2016, terus diraikan. 

Hari ini, menerusi tajaan DRB-HICOM, keempat-empat mereka berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah. 

Mohamad Ridzuan Mohd Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Siti Noor Radiah Ismail tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekitar jam 8.30 pagi ditemani kaum keluarga dan sanak saudara. 

Turut hadir ke KLIA ialah untuk mengucapkan selamat jalan ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, para pegawai MSN dan para petugas DRB-HICOM. 

Selain itu, lima orang petugas media turut mendapat tajaan daripada pihak DRB-HICOM untuk bersama-sama menunaikan ibadah umrah pada kali ini. 

Keempat-empat atlet paralimpik ini yang turut ditemani ibu dan bapa masing-masing akan berlepas ke Madinah menaiki pesawat Saudi Airlines.