Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Dua pemain muda skuad Liga Super Kedah antara empat pemain yang akan dihantar menjalani latihan bersama Akademi Bolasepak Cardiff City FC.

  • Published in Sukan

ALOR SETAR - Bolasepak.

Dua pemain muda skuad Liga Super Kedah, Mohd Fazrul Danel Nizam dan Muhammad Asri Mohamad, antara empat pemain yang akan dihantar menjalani latihan bersama Akademi Bolasepak Cardiff City FC.

Fazrul Danel, antara pemain muda yang mendapat kepercayaan Aidil Sharin Sahak untuk membarisi kesebelasan utama skuad Liga Super Kedah, musim ini.

Selain Fazrul Danel, dua pemain dari skuad Piala Presiden Kedah, Aminuddin Abu Bakar dan Muhammad Suhaimie Saad turut terpilih menjalani sesi latihan selama sebulan sehingga 10 April depan.

Naib Presiden 1, Persatuan Bolasepak Kedah, KFA, Anas Hafiz Mustaffa dalam satu kenyataan berkata, beliau bersama empatpemain terbabit akan bertolak ke Heathrow melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA, pagi esok.

Mereka akan akan menyertai latihan pasukan bawah 22 tahun Akademi Bolasepak Cardiff City sepanjang sebulan berkelana di sana.

Beliau bagaimanapun berkata, penolong jurulatih skuad Piala Presiden Kedah, Mohd Fauzi Nan yang turut terpilih bersama empat pemain terbabit tidak dapat berbuat demikian kerana sedang mengikuti pensijilan jurulatih kelas A, Konfederasi Bolasepak Asia, AFC di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Penghantaran pemain terbabit adalah hasil kerjasama dibawah projek pembangunan bolasepak antara KFA dan Akademi Bolasepak Cardiff City FC.

Projek khas ini memasuki siri keduanya selepas projek sulung kerjasama antara dua kelab ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2015.

((RTM KEDAH/FAKHRUL))