Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 8:42 AM UTC, Jun 24, 2018

Azzuri Cari Pengendali Skuad Baharu

  • Published in Sukan

ROM - Pengurus Chelsea, Antonio Conte menolak bagi dikaitkan dengan jawatan pengendali skuad kebangsaan Itali.

Manakala pengurus sementara, Luigi Di Biagio mungkin menjadi antara pilihan menduduki jawatan berkenaan.

Demikian dinyatakan Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Bola sepak Itali, Alessandro Costacurta.

Beliau ditugaskan mencari pengganti Gian Piero Ventura yang dipecat selepas skuad Azzuri gagal ke saingan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Turut disenaraikan Roberto Mancini, Claudio Ranieri d an Carlo Ancelotti.


((AFP))