Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

FAM calon Muhammad Syahmi terima Anugerah Puskas FIFA 2019

  • Published in Sukan
Foto - FAM

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mencapai persetujuan untuk mencadangkan jaringan pemain muda kebangsaan, Muhammad Syahmi Safari ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 pada 5 Disember 2018 untuk dicalonkan ke Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2019.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata keputusan untuk menghantar pencalonan itu dibuat selepas mesyuarat peringkat Sekretariat Agung FAM, hari ini yang turut disertai Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Katanya FAM akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan gol dijaringkan Syahmi, 21 tahun, ketika perlawanan Piala AFF 2018 bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok itu dapat tersenarai sebagai salah satu calon anugerah berkenaan.

FAM akan turut akan melampirkan salinan video gol tersebut untuk dinilai oleh FIFA.