Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 8:42 AM UTC, Jun 24, 2018

Golf - USPGA, Terbuka Phoenix di Los Angeles

  • Published in Sukan

LOS ANGELES - Golf -- USPGA, Terbuka Phoenix di Los Angeles; Birdie yang dibuat Rickie Fowler pada tiga lubang terakhir, membolehkan pemain tuan rumah itu mendahului pusingan ketiga dengan satu pukulan di hadapan pemain nombor dua dunia, Jon Rahm dan dua pemain lain.

Fowler yang membuat empat bawah par, 67 mengumpul keseluruhan 14 bawah par, 199.

Manakala, Rahm yang membuat enam bawah par, 65 berkongsi kedudukan di tempat kedua bersama Bryson DeChambeau dan Chez Reavie dengan keseluruhan 200 pukulan.

Sementara, juara lima kali, Phil Mickelson berkongsi kedudukan ditempat ketiga bersama Xander Schauffele dan Daniel Berger .

((SUMBER: AFP))