Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Tugu khas pengiktirafan buat Beckham

  • Published in Sukan
Foto - AFP

LOS ANGELES - Devid Beckham menerima pengiktirafan tertinggi daripada kelab Los Angeles Galaxy dengan pembinaan tugu khas yang berdiri megah di luar stadium kelab bola sepak itu.

Pengiktirafan ini menjadikan bekas bintang tengah Manchester United dan Real Madrid itu sebagai pemain pertama menerima pengiktirafan seumpama itu dalam sejarah Liga Bola Sepak Major (MLS).

Bekas kapten skuad England itu mencipta impak besar dalam kancah bola sepak Amerika Syarikat.

Keputusan luar jangkanya menyertai LA Galaxy pada 2007 berjaya meningkatkan status MLS.

Pelancaran tugu itu dibuat di luar stadium sebelum perlawanan pembukaan musim 2019 di antara LA Galaxy menentang Chicago Fire yang menyaksikan Galaxy menewaskan Fire; 2-1.