Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

MAB Taja Pandelela dan Nur Dhabitah Empat Tahun Sehingga Olimpik 2020

KUALA LUMPUR - Kejayaan cemerlang yang dipamerkan penerjun Olimpik negara, Pandelela Rinong menarik perhatian Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk menajanya bagi tempoh empat tahun. 

Tajaan itu bermula pada tahun ini sehingga temasya Olimpik 2020 di Tokyo. Turut menerima tajaan sama ialah penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri. 

Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew mengumumkan penajaan itu dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua penerjun itu mempamerkan kerja keras, fokus dan keazaman tinggi untuk mencapai kecemerlangan. 

Penajaan empat tahun itu meliputi tiket penerbangan pergi balik untuk kelas perniagaan dalam rangkaian perkhidmatan di Malaysia serta tajaan kewangan bagi program latihan dan perjalanan mereka ke Olimpik Tokyo 2020.