Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Peserta Perancis, Antony Costes muncul juara kategori lelaki Powerman Asia-Malaysia 2019.

  • Published in Sukan

 

 

PUTRAJAYA - Peserta Perancis, Antony Costes muncul juara kategori lelaki Powerman Asia-Malaysia 2019. Manakala bagi kategori wanita pula milik peserta Hungary, Annamaria Eberhardt yang memenanginya buat kali ketiga berturut-turut. Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai 1,250 dolar Amerika.

Costes mencatat saingan duathlon bagi kategori elite selama 2 jam 41 minit yang memerlukan mereka menghabiskan larian 20 km dan berbasikal 60 km.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi peserta dari Belanda dan Filipina.

Bagi kategori wanita Annamaria Eberhardt berjaya mengetepikan peserta Filipina dan Australia di tempat kedua dan ketiga.

Hadiah di tempat kedua dan ketiga bagi kedua-dua kategori itu adalah bernilai seribu dolar dan 750 dolar amerika.

Powerman Asia-Malaysia 2019 edisi kali ke-4 ini berlangsung di Dataran Putrajaya bermula Jumaat dengan menampilkan beberapa lagi kategori seperti PowerKid dan Individual Short.