Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Liga Super, PKNP FC Menyasarkan Sekurang-kurangnya Tempat Keenam Terbaik Pada Saingan Kali Ini.

  • Published in Sukan

MERU RAYA - Sukan.

Pendatang baharu Liga Super, PKNP FC menyasarkan sekurang-kurangnya tempat keenam terbaik pada saingan kali ini.

Presidennya, Datuk Aminuddin Md Desa berkata sasaran itu mampu dicapai hasil gabungan pemain tempatan dan import.

Malah beliau juga menyedari saingan lebih kompetitif bakal dipamerkan setiap pasukan yang beraksi dalam kempen ini.

Beliau berkata demikian selepas memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi PKNP FC di Movie Animation Park Studios (MAPS), Meru Raya.

Untuk tahun ini, PKNP FC mendapat tajaan jersi jenama Fila yang bakal digunakan pada perlawanan pertama menentang Negeri Sembilan, Ahad ini.

Bagi Datuk Aminuddin ia merupakan penghormatan tertinggi selain membuktikan jenama sukan antarabangsa mempercayai komitmen ditonjolkan pasukan berstatus kelab dari Perak.

((SUMBER: RTM))