Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Piala Sumbangsih

  • Published in Sukan

LARKIN -Jualan tiket bagi perlawanan Piala Sumbangsih melibatkan JDT dan Kedah di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Sistem kaunter yang teratur memudahkan proses jual beli tiket.

Malah ada penyokong yang menunggu sejak 4.30 petang semalam dan mendirikan khemah berikutan tidak mahu terlepas peluang mendapatkan tiket perlawanan.

Kesemua mereka teruja untuk menyaksikan perlawanan antara Juara Liga Super 2017 dengan Juara Piala Sumbangsih 2017 itu.

Pasukan Kedah bertemu JDT dalam perlawanan Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, malam esok. 

((SUMBER: RTM))