Thursday, April 26, 2018
vital-top
updated 10:49 AM UTC, Apr 26, 2018

Kembara Semangat Piala Dunia 2018 Jelajah 24 Negara

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Pemimpin belia dan seorang pegawai polis antara empat belia Malaysia yang akan memulakan pengembaraan paling jauh meliputi 24 negara sejauh 24,000 kilometer dalam usaha mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records.

Pengurus ekspedisi Shidane Razak berkata menerusi Program Kembara Semangat Piala Dunia 2018 itu, pengembaraan menaiki kereta Proton selama 45 hari melalui jalan darat akan bermula dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya pada 27 April ini dan akan berakhir di Moscow, Russia di mana perlawanan Piala Dunia akan diadakan.

 

Beliau berkata kembara itu yang dijangka berakhir pada 12 Jun, akan ke negara-negara yang menyertai Piala Dunia 2018 seperti Croatia, Iran, Switzerland, Sepanyol, Perancis, England dan Jerman.

Untuk maklumat lanjut mengenai program kembara itu, orang ramai boleh melayari laman web www.kembarafifa2018.com, Facebook Kembara Semangat Piala Dunia 2018 dan Instagram @kembarafifa2018 selain menghubungi nombor sekretariat 010-2918181.

((BERNAMA))