Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Kuwait Sedia Pinda Undang-undang Sukan Tamatkan Perggantungan Daripada IOC,FIFA

KUWAIT - Kerajaan Kuwait bersetuju untuk meminda undang-undang sukan kontroversi dalam usaha menamatkan penggantungan sejak 14 bulan lalu oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) serta Persekutuan Bola sepak Dunia (FIFA).

Ahli Parlimen Kuwait, Abdulwahab al-Babtain berkata, negara itu akan mematuhi piagam sukan antarabangsa dalam tempoh enam bulan.

Pihaknya juga berjanji akan menjemput IOC dan FIFA ke negara itu untuk memastikan undang-undang baharu yang telah dipersetujuai oleh semua pihak.

Pada Oktober tahun lalu, badan sukan dunia yang diketuai IOC dan FIFA mengantung Kuwait buat kali kedua sejak 2010 atas dakwaan campur tangan kerajaan dalam sukan.

Ekoran dari itu, Kuwait dilarang mengambil bahagiab dalam sukan Olimpik Rio 2016 dan Piala Dunia 2018.