Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Gabon Buat Persediaan Menjelang Kejohanan Piala Negara Afrika 2017

LIBREVILLE - Gabon kini telah bersedia menganjurkan Kejohanan Piala Negara Afrika 2017 di negara itu. 

Menteri Sukan Gabon, Nicole Asseli memberi jaminan kesemua gelanggang permainan serta kemudahan berkaitan akan disiapkan akhir tahun ini.

Kejohanan tersebut dijadual berlangsung dari 14 Januari hingga 5 Februari 2017.

Asseli turut memberi jaminan keselamatan di sebalik kebimbangan masyarakat antarabangsa berhubung pergolakan politik di negara itu.