Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Pendekatan aktiviti bersukan dapat tangani gejala sosial dan dadah di kawasan PPR.

  • Published in Sukan


KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan, KBS akan terus merancakkan program-program sukan komuniti di kawasan Program Perumahan Rakyat, PPR, dengan pendekatan aktiviti bersukan sebagai salah satu cara menangani gejala sosial terutama dadah.

Menterinya, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, pihaknya kini menyasarkan kawasan berisiko tinggi kes dadah yang dikenalpasti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, AADK.

Beliau melancarkan program Sukan Belia PPR, di Pantai Eco Park Community Centre, Pantai Dalam yang turut dihadiri  Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Syed Saddiq menambah, kementeriannya sentiasa memastikan peruntukkan tertentu disediakan untuk membina infrastruktur sukan di kawasan perumahan kos rendah bagi memastikan komuniti berkenaan dapat menjalankan aktiviti sukan di kawasan setempat.