Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 8:42 AM UTC, Jun 24, 2018

Caroline Garcia Mengalami Kekalahan Mengejutkan Di Tangan Elena Rybakina

  • Published in Sukan


Sukan.Tenis Terbuka St. Petersburg Ladies Trofi.

Pemain rangking ke - 7 dunia dan pilihan ketiga kejohanan, Caroline Garcia mengalami kekalahan mengejutkan di tangan pemain berusia 18 tahun, Elena Rybakina 4-6, 7-6, 7-6.

Turun selaku pemain pilihan, Garcia dipaksa bermandi peluh oleh Elena Rybakina.

Bagaimanapun pada set pertama, Garcia menunjukkan permainan bertenaga sebelum menang 6-4.

Pemain rangking 450 dunia, Rybakina bangkit di set kedua dengan servis dan pukulan kencang ke garisan yang gagal dikembalikan Garcia untuk menang 7-6.

Set ketiga, perlawanan ini berakhir dengan kontroversi, apabila Garcia mendakwa bola pukulan Rybakina melepasi garis dan terkeluar.

Keputusan terpaksa ditentukan melaluli rakaman video.

Akhirnya, keputusan memihak kepada Rybakina untuk menang 7-6 yang bakal berdepan antara Julia Goerges atau Roberta Vinci pada pusingan seterusnya.

((SUMBER: BERITA TV)