Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Habibullah Juara Keseluruhan Kejohanan FIM Asia Supermoto 2016

SHAH ALAM - Pelumba negara yang bernaung di bawah KTM Malaysia, Mohd Habibullah Salleh (Gambit) muncul juara keseluruhan mengumpul 171 mata menewaskan penunggang New Zealand, Richard Dibben dalam Kejohanan FIM Asia Supermoto 2016.

Pelumba kelahiran Felda Sungai Buaya Selangor itu, mengakui menerima tekanan hebat pelumba berstatus pro Richard Dibben dan juga pelumba dari Jepun, Yasushi Matsumoto sejak awal perlumbaan.

Habibullah yang bermula di petak pertama perlumbaan berjaya mengekalkan kedudukannya sepanjang 20 minit tempoh perlumbaan.

Beraksi di hadapan kira-kira 10,000 peminat sukan pemotoran tempatan, Habibullah mempamerkan aksi cemerlang walaupun berhadapan dengan masalah brek pada jentera tunggangan.

Kejohanan yang melibatkan 14 negara  telah berlangsung di perkarangan Stadium Shah Alam, Selangor.