Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Atlet Muay Thai Terkenal Dunia Bakal Berentap Di Kuala Lumpur

  • Published in Sukan

BANGKOK – Buat julung-julung kalinya, kejohanan Muay Thai bertaraf antarabangsa menampilkan atlet profesional sukan itu dari Thailand, Malaysia dan Eropah akan diadakan di Malaysia pada 5 Mei depan.

Dinamakan "KL Fight", kejohanan Muay Thai profesional antarabangsa itu dijangka menarik kehadiran sehingga 10,000 peminat sukan mempertahankan diri itu ke Dataran Merdeka, tempat kejohanan itu akan berlangsung.

Ketua Pegawai Eksekutif "KL Fight" Mohd Faizul Mat Alewi , selain menyaksikan pertembungan atlet-atlet profesional Muay Thai dunia yang diadakan secara terbuka, penonton juga akan disajikan dengan persembahan hiburan dan kebudayaan serta kehadiran kenderaan saji yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman.

Mohd Faizul berkata, "KL Fight" menerima sokongan penuh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Raja Boxing, syarikat pembuat alatan Muay Thai terkenal Thailand yang juga berpengalaman luas menganjurkan kejohanan antarabangsa sukan itu.

((BERNAMA))