Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Badminton Siri Super Dunia Akhir 2016 - Beregu Lelaki Malaysia Juara

DUBAI - Pasangan beregu lelaki Malaysia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berasksi cemerlang mengatasi pasangan beregu dari Jepun Takeshi Kamura-Keigo Sonoda dengan skor, 21-14, 21-19 dan muncul juara pada Siri Super Dunia Akhir 2016.

Permainan beregu lekai final yang berlangsung selama 40 minit itu, beregu negara menunjukkan permainan yang mantap untuku menewaskan pasangan lawan dari Jepun.

Pasangan beregu negara adalah pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dan juga juara Terbuka Denmark pada Oktober.

Sementara itu, pemain dari Denmark, Viktor Axelsen kalahkan pemain China, Tian Houwei dalam tiga set, 21 - 14, 6 -21 dan 21 - 17 untuk menjadi juara dalam kategori perseorangan lelaki.