Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Galatasaray Pinjam Yuto Nagatomo

  • Published in Sukan

MILAN - Pemain antarabangsa Jepun, Yuto Nagatomo akan beraksi bersama kelab gergasi Turki, Galatasaray secara pinjaman sehingga bulan Jun.

Pemain pertahanan berusia 31 tahun itu telah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di Istanbul.

Tiada maklumat berhubung perjanjian yang ditandatangani.

Namun media Itali melaporkan, Inter Milan memberi pilihan kepada Galatasaray untuk membeli Nagatomo pada harga 7 juta euro.

Nagatomo menyertai Inter pada Januari 2011.

Beliau telah menjaringkan 11 gol dalam 210 penampilan bersama kelab itu.


((AFP))