Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:25 AM UTC, Jun 24, 2018

Olivier Giroud Lengkap Perpindahan Ke Chelsea

  • Published in Sukan

LONDON - Penyerang antarabangsa Perancis, Olivier Giroud secara rasmi menyertai Chelsea.

Pemain berusia 31 tahun itu melengkapkan perpindahan dari Arsenal pada hari terakhir musim perpindahan Januari 2018 di England.

Dia mengikat kontrak bersama The Blues selama 18 bulan dengan yuran perpindahan 18 juta pound.

Perpindahan itu membolehkan Michy Batshuayi meninggalkan Stamford Bridge untuk menyertai kelab Jerman, Borussia Dortmund secara pinjaman sehingga penghujung musim.

((AFP))