Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Keputusan Liga Perdana Inggeris

  • Published in Sukan

LONDON - Manchester United tumpas 0-2 kepada Tottenham Hotspur.

Keputusan itu secara realistiknya memadam harapan MU untuk mengejar pendahulu, Manchester City di persada liga.

Nasib malang turut menimpa Chelsea yang diaibkan di laman sendiri apabila tewas 0-3 kepada Bournemouth di Stamford Bridge.

Sementara itu, City terus cemerlang apabila mengalahkan West Brom, 3-0.

Kemenangan itu membantu The Citizens melebarkan jurang kutipan mata di tangga teratas kepada 15-mata berbanding musuh tetangga, MU yang menghuni tangga kedua.

Keputusan lain, Everton mengetepikan Leicester, 2-1. Newcastle seri satu sama dengan Burnley. Southampton juga terikat satu sama dengan Brighton.


((AFP))