Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Luis Suarez Tandatangan Kontarak Baharu Dengan Barcelona

BARCELONA - Luis Suarez menandatangani kontrak baharu dengan Barcelona yang akan menyaksikan penyerang Uruguay itu, bakal kekal di Camp Nou sehingga Jun 2021.

Kenyataan Kelab bola sepak Sepanyol itu menyebut, penyerang Uruguay itu bakal memperoleh perjanjian baharu termasuk bayaran sebanyak 167 juta pound. 

Suarez yang sudah menjaringkan 97 gol menerusi 116 penampilan sejak berpindah dari Liverpool pada 2014, bakal menandatangani kontrak baharu hari ini.