Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Real Madrid Mara Ke Final Piala Kelab Dunia

YOKOHAMA - Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke 500 beliau untuk pasukannya bagi membolehkan kelab itu mara ke final Piala Kelab Dunia setelah menewaskan pasukan dari Mexico, Club Amerika 2-0 di Jepun.

Satu lagi gol dijaringkan oleh Karim Benzema.

Kemenangan itu turut menambah rekod tanpa kalah Real kepada 36 perlawanan dalam semua kejohanan disertai.

Kelab gergasi Sepanyol itu dijadual berdepan pasukan tempatan, Kashima Antlers hujung minggu ini.