Thursday, April 26, 2018
vital-top
updated 10:49 AM UTC, Apr 26, 2018

Undian Piala FA Inggeris

  • Published in Sukan

LONDON - Manchester City berpeluang menebus kekalahan mengejut terhadap Wigan Athletic dalam perlawanan akhir Piala FA 2013, apabila kedua-dua kelab itu sekali lagi ditemukan di pusingan kelima.

Sementara itu, musuh tetangga, Manchester United akan menentang sama ada Huddersfield atau Birmingham yang perlu bermain dalam perlawanan ulangan pusingan keempat.

Chelsea akan melayan kunjungan Hull City di Stamford Bridge.

West Brom berdepan Southampton.

Manakala Leicester City bertemu Sheffield United.

Tottenham pula akan berkunjung sama ada ke Millwal atau Rochdale, jika menang dalam perlawanan ulangan menentang Newport.

Pusingan kelima akan berlangsung pada 17 dan 18-Februari.


((AFP))