Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Sebanyak RM 30 Juta Akan Diagihkan Kepada Pasukan Bola Sepak Yang Bertanding Dalam Liga Malaysia, sepanjang musim ini.

  • Published in Sukan

JOHOR BAHRU - Sebanyak 30 juta ringgit akan diagihkan kepada pasukan-pasukan bola sepak yang bertanding dalam Liga Malaysia, sepanjang musim ini.

Ia bagi membantu membangunkan serta menstabilkan kewangan pasukan.

Dana diperoleh menerusi hak penyiaran dalam talian di Iflix.

Pengerusi Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia, FMLLP, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, menerusi kerjasama antara FMLLP dengan peneraju perkhidmatan hiburan terkemuka, IFLIX, tajaan siaran selama 10 tahun itu membabitkan 300 juta ringgit.

 Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menandatangani Memorandum Persefahaman, MoU bersama Pengerusi Kumpulan Iflix, Payrick Grove di Johor Bahru.

Menurut Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM, melalui MoU itu, penonton boleh menonton secara langsung kesemua perlawanan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA serta perlawanan Liga Premier dan Piala Sumbangsih terpilih secara atas talian melalui saluran 'Football Malaysia on iflix' mulai 3 Februari.

Kerjasama itu sekaligus membawa bola sepak Malaysia ke tahap baharu dan lebih dekat dengan peminat sukan itu, sesuai dengan temanya, Bola Sepak Untuk Semua.

Pengguna juga boleh mengakses ciri baru, iaitu sorotan perlawanan dan temu bual bersama pemain.

((SUMBER: RTM JOHOR))