Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Empat calon AWETA selamat tiba di KLIA

  • Published in Sukan
Foto - FB Dr Sharifah Mazlina

SEPANG - Empat calon peserta Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika (AWETA) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menjalani latihan persediaan ke Antartika selama dua minggu di Finse, Norway.

Menurut Ketua Eskpedisi, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, latihan dan simulasi yang dijalankan berjalan lancar berikutan persediaan ketahanan diri peserta yang mantap sebelum berangkat ke sana.

Jelasnya sepanjang berada di Norway mereka diberi pendedahan mengenai cara pemakaian, komunikasi dan navigasi, menarik beban dan memasang khemah sebagai menghadapi ekspedisi ke Antartika yang dijadualkan Disember ini.

Kesemua peserta juga erlu menjalani pra ekspedisi November ini sebelum memulakan misi sebenar.

Pihaknya mengalu-alukan lebih banyak dana yang dianggarkan meliputi RM4.3 juta bagi menampung kos dua ekspedisi, selain peralatan dan kelengkapan yang diperlukan.

Mereka merupakan empat daripada enam peserta yang terpilih daripada lebih seribu wanita yang menjalani saringan dari seluruh negara.