Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

KBS mahu Persatuan Bola Sepak Negeri wujud model pengurusan kewangan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Sikap Persatuan Bola Sepak Negeri yang berbelanja mewah pada awal musim tanpa melihat kemampuan peruntukan, menjadi isu yang berulang kali berlaku saban tahun.

Akhirnya pemain yang menjadi mangsa, kerana terpaksa berdepan isu tunggakan gaji.

Kecewa dengan apa yang berlaku, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu modus operandi dan model pengurusan setiap pasukan jelas, bersandarkan kemampuan kewangan masing-masing.

Tambah beliau, KBS sentiasa menjadi mangsa apabila dana persatuan tidak mencukupi.

Bagi beliau, modus operandi untuk memohon dana luar sepatutnya tidak lagi berlaku.

Syed Saddiq ditemui di ibu negara, pada majlis pelepasan program larian amal, Nationwide Run, Walk 2019.

((RTM/Fazura))