Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 8:42 AM UTC, Jun 24, 2018

PAFA Kekalkan Jersi Al-Ihsan Buat Tahun Keempat

  • Published in Sukan

 

IPOH - Skuad bola sepak Perak mengekalkan jenama Al-Ikhsan buat tahun keempat berturut-turut sejak 2015 sebagai jersi pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata persatuan berpuas hati dengan kualiti jenama berkenaan yang merupakan produk tempatan.

Katanya kualitinya cukup baik dan memberi keselesaan kepada pemain,

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain Perak 2018 di Ipoh  malam tadi.

Majlis  disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan dihadiri kira-kira 5,000 penyokong The Bos Gaurus.

Untuk perlawanan di laman sendiri, skuad The Bos Gaurus akan menyarungkan jersi kuning dan warna merah bagi aksi di gelanggang lawan.

Sementara itu, Abdul Puhat berkata antara penaja pasukan Perak bagi menghadapi Liga Malaysia musim ini ialah Lembaga Air Perak, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri, Movie Animation Park Studios (MAPS) dan Quest International University.

((SUMBER: BERNAMA))