Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Lionel Messi Catat Rekod Jaringkan Gol Ke-4000 Ketika Menentang Espanyol

  • Published in Sukan

BARCELONA - Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi yang ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaru khas dihasilkan untuk dirinya berpuas hati dengan prestasinya bersama Barcelona FC.

Messi mencatat rekod menjaringkan gol ke-4000 ketika menang 2-1 menentang Espanyol.

Lebih mengembirakan dirinya adalah kedudukan Barcelona FC yang kini memimpin liga dan berharap Los Azulgranas akan mengekalkan kedudukan dan muncul juara musim ini.

Musim ini, Messi sudah menjaringkan 19 gol dan melakukan sembilan assist untuk membantu Los Azulgranas mendahului liga dengan 54 mata, 11 mata di hadapan pencabar terdekat Atheltico Madrid dan 19 mata mengatasi, Real Madrid.

Dan dalam saingan Copa Del Rey, Barca dijadual bertemu Valencia di separuh akhir pada 2 Februari depan di Camp Nou.

 

Sumber : BERITA RTM