Thursday, April 26, 2018
vital-top
updated 10:49 AM UTC, Apr 26, 2018

Belia Dipelawa Sertai Program Konvoi Berbasikal Wilayah Persekutuan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Golongan belia di sekitar ibu negara dipelawa menyertai program Konvoi Berbasikal Wilayah Persekutuan (WP) pada 24 Februari ini dalam mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan warga kota.

Program anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan yang diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan berkenaan menyasarkan penyertaan sehingga 5,000 anak muda dan terbuka kepada lelaki dan perempuan secara percuma.

Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata laluan kayuhan sejauh 30 kilometer itu akan bermula pada pukul 6.30 pagi di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan melalui beberapa jalan utama di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata dalam sidang media program Konvoi Berbasikal WP, di sini.

((BERNAMA))