Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 8:42 AM UTC, Jun 24, 2018

Ragbi : Pasukan Kebangsaan Azam Pamer Persembahan Cemerlang

  • Published in Sukan

SERDANG - Skuad ragbi tujuh sepasukan kebangsaan berazam mempamerkan persembahan cemerlang dalam Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, April ini.

Ketua jurulatih, Mohd Saizul Hafifi Md Noor berkata, pasukan bimbingannya perlu menggunakan peluang beraksi di Sukan Komanwel sebagai medan meraih pengalaman serta persiapan dalam misi memburu pingat di Sukan Asia, pada bulan September.

Skuad negara yang kini dalam fasa pemilihan pemain akan ke Sydney bulan depan bagi menyertai dua kejohanan tempatan sebelum bertanding di Kejohanan Ragbi Borne Tujuh Sebelah pada bulan Mac.

Hanya 12 akan dipilih bagi membawa cabaran Malaysia di Sukan Komanwel.

 

Sumber : BERITA RTM