Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Laluan Selesa Jika Catat Kemenangan Pertama Menentang Sri Langka

SERDANG - Skuad negara kendalian Mohamad Faiz Samsukhidir ingin mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama menentang Sri Lanka bagi membuka laluan yang lebih selesa dalam Kejohanan Top Divisyen Kesatuan Ragbi Asia (Arfu) 2016 Bawah 19 Tahun.

Selain beraksi dengan cemerlang dalam kejohanan ini, misi utama skuad negara juga adalah untuk melayakkan diri ke Kejohanan Ragbi Dunia 2017 Bawah 20 tahun.

Skuad negara dianggotai 25 pemain ini turut disertai 10 orang pemain kebangsaan yang pernah mewakili skuad bawah 18 dan 20 tahun.

Menurut Mohamad Faiz, anak buahnya perlu menang sebelum menghadapi cabaran yang lebih sukar iaitu Taiwan pada 14 Disember dan Hong Kong pada 17 Disember depan. 

Kejohanan Top Divisyen Kesatuan Ragbi Asia (Arfu) 2016 Bawah 19 Tahun ini akan berlangsung pada 11 hingga 17 Disember di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM).