Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Thailand Benam Myanmar 4-0 Untuk Mara ke Perlawanan Akhir

BANGKOK - Juara bertahan, Thailand mempamerkan aksi berkualiti untuk membenam Myanmar 4-0 di laman sendiri. Dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2016 di antara Thailand menentang Myanmar

Sekaligus mengesahkan kemaraan mereka ke pentas akhir bertemu Indonesia dalam misi menambah koleksi kejuaraan kelima.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala itu, skuad Gajah Putih dilihat lebih dominan dalam menguasai permainan berbanding Myanmar.

Gol pertama Thailand muncul pada separuh masa pertama menerusi penyerang Sarawut Masuk pada minit ke-33 perlawanan.

Memasuki babak kedua perlawanan, aksi bertambah rancak dan Theerathon Bunmanthan menghadiahkan gol kedua Thailand pada minit ke-66 menerusi sepakan penalti.

Thailand terus mengasak barisan pertahanan Myanmar dan gol ketiga hadir menerusi, Siroch Chattong.

Tidak puas dengan tiga gol, pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan gol kemenangan mereka pada minit ke-83 menerusi rembatan kencang Chanatip Songkrasin.

Kedudukan empat kosong kekal hingga tamat perlawanan untuk Thailand mara ke final dengan agregat selesa 6-0 menewaskan Myanmar. 

Perlawanan akhir pertama akan berlangsung pada 14 Disember dan perlawanan akhir kedua akan berlangsung pada 17 Disember ini.