Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

PDRM FA Berhati – Hati Dalam Memilih Pemain Musim Depan

KUALA LUMPUR - Berbelanja dengan lebih berhati-hati dan mengikut kemampuan pasukan itulah antara yang disuarakan oleh Mohd Fauzi Pilus jurulatih Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) mengenai persiapan pasukan PDRM musim depan.

Meskipun terdapat kelonggaran untuk mengambil pemain daripada liga divisyen dua negara 50 terbaik mengikut ranking Persatuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA yang telah diumumkan oleh Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) kelmarin.

Pasukan PDRM  lebih berhati-hati dalam memilih pemain bagi melengkapkan senarai penuh pasukannya untuk musim akan datang.

Fauzi Pilus lebih mengutamakan pemain tempatan bagi melengkapkan senarai penuh pasukannya.

Kamarul Hafi, Nazri Kamal dan Muhammad Al-Hafiz Hamzah penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim dua antara nama pemain yang tersenarai dalam pemerhatian pasukan PDRM. 

Fauzi yang ditemui ketika sesi perlawanan persahabatan menentang pasukan FELCRA FC di  Pusat Latihan Polis (Pulapol) antara sebahagian persiapan untuk mengharungi liga Malaysia Musim depan.