Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Liga Juara-Juara Eropah - Juventus Juarai Kumpulan H

Juventus melengkapkan kempen saingan Liga Juara-juara, menjuarai Kumpulan H menewaskan Dinamo Zagreb 2-0 seterusnya layak ke pusingan 16 pasukan terakhir. 

Meskipun separuh masa pertama berlalu tanpa sebarang jaringan, Juventus bangkit menjaringkan dua gol melalui Gonzalo Higuan minit ke-52 dan Daniele Rugani minit ke-73. 

Ini merupakan kemenangan keempat bagi Juventus meletakkan pasukan itu di  kedudukan pertama dengan 14 mata, 3 mata didepan Sevilla selepas  seri satu sama di Lyon. 

Jurulatihnya, Massimiliano Allegri mezahirkan kegembiraannya  selepas pasukan kendaliannya berjaya mencapai matlamat  kelayakkan di Sevilla dan kini berada di teratas kumpulan.