Thursday, April 26, 2018
vital-top
updated 10:49 AM UTC, Apr 26, 2018

Bola Sepak : Real Madrid Tersingkir Tewas Kepada Leganes, Lazio Tewaskan Udinese 3-0

  • Published in Sukan

MADRID - Bola Piala Raja Sepanyol.

Real Madrid terus dirundung malang apabila tersingkir selepas tewas kepada Leganes di laman sendiri.

Ia sekaligus menambah krisis juara Eropah itu.

Real yang menang 1-0 pada perlawanan suku akhir pertama, tewas 1-2 dalam perlawanan kedua pagi ini Bernabeu dan menamatkan saingan dengan agregat 2-sama.

Bagaimanapun Leganes mara ke separuh akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Manakala, dalam saingan Serie A Itali menyaksikan Lazio mencerahkan peluang ke Liga Juara Eropah musim depan selepas menewaskan Udinese 3-0.

Keputusan itu mengukuhkan kedudukan mereka ditangga ketiga.

Dalam pada itu, Roma kekal ditempat kelima selepas seri 1-1 dengan Sampdoria.

 

Sumber : AFP